bismillahirrahmanirrahim...

dan AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKU.(Adz-Dzaariyaat 51:56)

Monday, June 6, 2011

hidayah milik Allah

hidup matiku hanya kerana Dia-jupetra

IN THE NAME OF ALLAH

tetibe teringat kata2 imam al ghazali.. "Apabila berjumpa orang jahat,jangan anggap kita mulia. Tetapi katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupn kita."..

sebab siyes aku cakap,people can CHANGE..banyak contoh yang kite nampak kat artis2 kite skang..contohnya,bob lokman,ashraf muslim,sham kamikaze,kumpulan ve,ruffedge,inueendo...tu yang aku tau la..yang tak tau,maybe ramai lagi kan...terharu tengok perubahan mereka...

Al-Mawleed beri sinar


AL-MAWLEED dianggotai (dari kiri), Lah VE, Taj Innuendo, Pot Innuendo, Azan Ruffedge, Zaf VE, Mode Ruffedge dan Amer Ruffedge.


PENGHIJRAHAN bekas ahli kumpulan Ruffedge, Amer Munawer Yusoff kepada seorang pendakwah bebas menerusi penghasilan lagu-lagu berbentuk kerohanian diterima positif segenap pihak.

Malah, perubahan lelaki berusia 34 tahun itu turut memberi impak kepada rakan-rakan artis lain yang kini selesa duduk bersama Amer mendalami ilmu agama serta mendekatkan diri dengan Allah.

Bermula dengan mengikuti kelas agama dan menyertai beberapa majlis berbentuk keagamaan telah membuka satu dimensi baharu buat tujuh anak seni yang kini menjadi ahli kumpulan Al-Mawleed.

Apa yang menarik, Al-Mawleed dianggotai bekas anggota tiga kumpulan penyanyi urban terkenal suatu ketika itu iaitu Ruffedge, VE dan Innuendo.

Penglibatan Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir (Taj Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge), Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode Ruffedge) dan Amer sendiri menjadikan Al-Mawleed satu gabungan unik dan mantap.

Bercakap bagi pihak Al-Mawleed, Pot memberitahu Al-Mawleed sebenarnya diasaskan daripada komuniti yang diwujudkan Amer yang banyak menganjurkan majlis-majlis selawat di masjid-masjid.

“Al-Mawleed dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai komuniti ini dan kami hanya bertindak sebagai duta sahaja bagi menyampaikan maklumat berkenaan aktiviti yang komuniti kami jalankan.

“Kami telah merakamkan sebuah lagu berjudul Belaian Jiwa 1432 tetapi kami tidak mempunyai sebarang perancangan bagi merakamkan album di bawah nama Al-Mawleed.

“Lagu tersebut hanya akan dimuatkan di dalam album baharu saya, album Amer dan juga album Lah. Jadi orang ramai boleh memilih untuk membeli antara tiga album itu,” jelas Pot yang kini merupakan ahli kepada grup Rosin.

Kewujudan Al-Mawleed merupakan satu antara wadah bagi menarik lebih ramai anak muda menyertai komuniti mereka serta mengikuti kelas keagamaan yang diadakan setiap hari Jumaat (selepas solat Isyak) di surau Al-Hidayah, Keramat AU3.

Walaupun kini aktif dengan aktiviti dakwah, Pot tidak merasakan ia satu sekatan buat dirinya dan ahli yang lain meneruskan aktiviti seni lain seperti biasa.

“Kebanyakan daripada kami masih mempunyai kerjaya dalam grup masing-masing dan ada juga yang bergerak secara solo, jadi kami masih aktif dengan muzik seperti dahulu.

“Cuma kami akan mengosongkan segala aktiviti seni menjelang hari Jumaat bagi memberi ruang untuk kami semua berkumpul dan menumpukan kepada komuniti kami,” ujar Pot.



------see,people boleh berubah..wuu,jelesnye..kite ni macam mane ek?----

No comments:

Post a Comment