bismillahirrahmanirrahim...

dan AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKU.(Adz-Dzaariyaat 51:56)

Sunday, September 25, 2011

hadis 9

hidup matiku hanya kerana Dia-jupetra



IN THE NAME OF ALLAH




Hadis Kesembilan

Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a : " Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu disebabkan terlalu banyak bertanya serta pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka.



ha..semalam blaja hadis arbain...semalam hadis 9..dan sebenarnye tu kelas first aku..sebab 8 hadis yang terawal aku duk malaysia..huhu..banyak tertinggal kan..

bagi aku,hadis 40 sebenarnye kene ade dalam kepala kite..sekurang2nya la..sebab sume ni merangkumi daily life...erk,tu bagi aku je la..memang aku pon tak ingat2 lagi hadis ni..tapi on d way nak blaja..insyaAllah..sama2 blaja...aku menginginkan kelas tafsir AQ sebenarnye...kan bes kalau zagazig pun ade kelas tafsir..sebab kalau baca AQ,even AQ tafsir,still tak faham...kan naya lak kalau translate sendiri kan...

hurmmm...ok,insyaAllah ai ni nak gerak cairo..huhu...nak tido kat mana pun tak tau la..maybe RKB or wisma...tengok la dulu....then,nak gerak mansurah 2 hari kot...


ha,FB activate balik da..huhu...sebab aku nak blaja pasal kamera..aku ade join satu kelab ni..die khas untuk pengguna2 dslr..even aku ade kamera tu,tapi tak pandai guna,so rugi la kan...aku sayang lak nak tinggalkan group tu...tak pe,insyaAllah kali ni aku jaga tangan aku dari duk merapu2 di fb..huhu

ok la...gud morning zagazig...dont forget to do your dhuha..insyaAllah...semoga Allah meluaskan rezeki kite..Ameen..

boleh caya ke?

hidup matiku hanya kerana Dia-jupetra






"The theory explains that no matter how unattractive a man finds a woman today, there will eventually be a time when she becomes attractive to him."










Thursday, September 22, 2011

Y.A.K.I.N

hidup matiku hanya kerana Dia-jupetra




"YAKIN pada Allah bukanlah mengharap agar termakbulnya segala harapan....

"YAKIN pada Allah adalah meletakkan keREDHAAN pada ketentuanNYA,rasa bahagia dengan ujian walaupun perit,di situ air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka..

"indahnya tarbiah dari Allah dan tersirat rahmat dan hikmah...

"Diuji sebagai tanda cintaNya kepada kita...

"Bahagianya kekasih2 Allah dihadiahi ujian yang amat perit sebagai tanda kasihNya..

"Begitulah rupanya berkasih dengan Allah,tak akan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah ruah tapi dilindungi dengan ujian dan cobaan yang tak berkesudahan..

"Panjatkan kesyukuran kerana itu tandanya Allah sayang hamba2Nya..Allah Maha MEngetahui apa yang terbaik untuk hamba2nya yang hina ini...

"YA ALLAH,SENTUHKANLAH HATI KAMI INI,SAAT KAMI JAUH DARIMU,PELUKLAH HATI KAMI,SAAT KAMI MENCINTAI SESIAPAA LEBIH DARIMU,PELIHARALAH IMAN KAMI,JADIKAN KAMI HAMBA YANG BANYAK BERDOA DAN BERISTIGHFAR DAN MENANGIS DI DEPANMU AGAR DIBERI KEKUATAN DAN KESABARAN KERANA APA JUA CABARAN SUMENYE DATANG DARIMU..."


AMEEN YA RABB...


p/s=saya deactivate fb..sebab saya banyak menggunakan fb ke banyak jalan salah...tapi fb tetap akan dibuka once a month or maybe sebab atas dasar2 kerja...=)saya selaku pemilik akaun fb,Nurul Izzati meminta maaf andai tersalah kata,komen kat status2 kamu semua..asiff giddan..moga Allah merahmati kite sume..salam..

Tuesday, September 20, 2011

=_________=

hidup matiku hanya kerana Dia-jupetra



sorry tak sempat nak update..kan aku balik egypt 16..sampai petang 17 sept..then,18 sept g cairo jap...19 sept dan 20 sept,exam....ai ni 21,barulah free sekejap..huhu...aku pun tak tau,badan memang penat,tapi mata tak nak terlelap..maybe aku rindu si debab comel kot...pagi2 selalu g cium pipi si debab yang gebu tu..tapi skang,ade bear je la..sob2....rindu alyaaaaaaa


hurm...buwat kawan2 aku yang apply jpa tu,insyaAllah 23 ni kan result kuar...insyaAllah korang akan dapat andai Allah dah takdirkan itu untuk korang..andai itu rezeki korang,dapat la tu..jangan risau lebih2..kalau tak dapat,bulan feb ni try apply lagi ye..=)

semalam,20 sept,pagi tu exam practical dan oral...nothing to say..except alhamdulillah...let He do the rest..


dan petang semalam,tolong kak mira angkat barang2..perghhh..banyak giler kot barang..aku ingatkan sikit...rupanya banyak..patotla ikhwah datang segerombolan..hehee...no wonder why..

dan malam,ade program kat dewan...masa pegi tu,aku bersemangat lagi..masa dalam pukul 8 lebih2...mata aku tak tertahan..jetlag lagi kot.bayang la,aku tak rehat pun..huhu..sampai2 mesir terus duk umah jue,ape lagi...kene prepare untuk exam...tapi ustaz zahari,kalau tak silap nama die,bes ceramah die..hohohooo...pasni zagazig akan feymes daa..bangganya aku jadi orang zagazig..hehe..

tak tau nak tulis ape sebenanrye..no idea...

Thursday, September 15, 2011

gudbai malaysia

hidup matiku hanya kerana Dia-jupetra

ok..1 word..good bye...

i'm gonna miss u guys la kawan2...even korang spent mase sekejap je ngan aku,tapi alhamdulilah tu dah enough bagi aku..sebab aku memang rindu giddan kat korang...huhu

dan alya qaisara,yeah...sayang kamu la..forever...se debab yang comel!

mak ayah,i promise..insyaAllah i'll do my best in my histology exam..people,pray for me..

zagazig menanti...banyak menanti di sana..wah,rindu giddan kat siti,jue dan babuji...ha,bear pink aku ape cite?takut berdebu je..ish

ok la..dah penat ai ni sebab beli barang...kemas barang..ok,alhamdulillah

rabbi yassir wala tua'ssir...permudahkan urusan dunia dan akhirat..insyaAllah khair 'ala kulli hal..

wallahualam


Tuesday, September 13, 2011

hati mati

hidup matiku hanya kerana Dia-jupetra

IN THE NAME OF ALLAH

kenapa sejak kebelakangan ni la kan...aku lain..aku perasan,setiap kali kalau aku bangun malam,aku solat,tapi perasaan ikhlas tu tak datang...bukan macam sebelum ni...air mata pun tak kuar...hati aku seolah2 mati...

'sukarnya untuk menitiskan air mata kerana kerasnya hati,kerasnya hati kerana terlalu banyak urusan duniawi,terlalu banyak urusan duniawi kerana banyaknya angan2 kosong'

yup...maybe aku skang berada dalam situation tu..banyaknya angan2..nak tu la,nak ni la..sumenye bende dunia...terlalu care pasal pandangan manusia,tak pernah care pandangan Allah..

macam kalau mengaji AQ pun,zuk tu tak rasa dah..YA Allah...kenapa ni?what should i do?

dan tetiba aku terdengar nasyid ni,tenang je hati aku...rasa nak nangis pun ade..









nasyid=munajat seorang hamba
artis=hijjaz


Dikala malam sunyi sepi
Bagi insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malang ini pergi membasuh diri
Untuk mengadap mu oh tuhan

Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu

Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaanmu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku

Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yangku lakukan

Ampunan mu tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunanmu tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada mu
Tempat hamba kembali nanti di sana




thankz banyak2 kat uda sebab heal hati aku...huda cakap,sume penyakit aku berpunca dari hati..hati aku kotor...so,what should i do?istighfar...zikir...

aku nak sangat2 lawan perasaan malas bangun malam tu,Allah...tolonglah ya Allah...aku rindu masa zaman2 skolah dulu...duk asrama,pakat ngan kawan2..bangun malam...hafal quraan...aku seolah2 tak mampu nak buat sume tu sorang diri...

insyaAllah..kekuatan itu ada dalam diri..cume belum cukup kuat...



Friday, September 9, 2011

for Allah's sake

hidup matiku hanya kerana Dia-jupetra

Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Maafkan aku
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku apabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan jadilah dirimu umpama bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata-mata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan). Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad Dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu pada-Nya

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus. (Allah Maha Adil)
[Hud: 56]

usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dari-Nya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36)

copy from FB..dengar ye sahabat2..=)]

Sunday, September 4, 2011

ijtima' aldilfitri AMAL '11









duk melangut tunggu Huda pozi...rupa2nye mek tok tu tak datang...agagaga









teman seperjuangan kat mesir...cume lain uni je...budok Syifa'...shes in uni azhar..








hidup matiku hanya kerana Dia-jupetra


5 syawal....3 sept 2011...raya AMAL taon ni buwat kat MMP...maahad muhammadi (P)...buwat yang tak tau,AMAL ni persatuan gabungan untuk 3 buah sekolah under yayasan kelantan,Maahad Muhammadi (L),Maahad Muhammadi (P),dan Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan.....aku pegi dalam kul 11 pagi..huhuhu....ramai jugak la orang...lagi ramai dari program iftor tu la....aku snap la beberape pic kat skolah...rindu awi la skolah MMP ni..semakin cantik sekolahku..hehe..=)

after duk berborak2,lepak2 kat skolah,amek gambar,kitorang pun pegi kbmall...tempat biase budak2 remaja..hehe...memang agak lama la berada kat sana..aku nak beli external hardisc ngan antivirus..aku bajet rm 200 je..tup2,total sume nak dekat rm 300...ish..sume barang dah naik harga...melayang pitisku...uwaaa...

kat kbmall rupa2nye ramai la jugak aku jumpe budak mesir...huhu..sume shopping nak balik mesir balik...hurm...sedihnye...nampaknya mesir dah melambai2 kat aku suh kembali ni...sedih+hepi...sedih nak tinggal malaysia,tapi hepi sebab nak jumpe si babuji.haha....siti jugak..ngeee

to NURUL HUDA BT PAUZI,FATIMAH BT AHMAD THANI dan ASMA MOHD NOOR...wish u guys all the best la..blaja molek2 la cek mek weh...bo la duk jiwang karat...=)

to HABIBAH HANAN,selamat tinggal dan duk molek la tempat ore tu...FYI,she'll further her study kt US..moga Allah selalu lindungi die..insyaAllah

=kholas=




Thursday, September 1, 2011

raya+kawen 2011




barakallahulakuma wa barakah....ni yang rase nak cepat2 kawen ni..hahahaha...farhan=19 tahun...us rasyid=27 tahun....so suweet..moga berkekalan..insyaAllah





ni adik beradik kak pah..ummi,abg medey,najib,najmi dan auni comeyy




hidup matiku hanya kerana Dia-jupetra

salam....alhamdulillah....raya dah berlalu..cukup2 la beraya..sambu
ng mengadap buku..hadoi..payah lak nak sambung baca buku,sebab mood raya tak habis lagi...lawan ti..hwaiting!!!

pagi raya,kitorang satu family amek gambar hari raya,tapi sorang tak cukup la..a
kak aku raya kat tempat jauh nun sana....tu la..sape suh blaja jauh2...sian die..pagi2 tepon malaysia,die cakap,raya first,hari stat lecture..hehe..nasib badan la

al kisah gambar raya ni,aku sebenarnye nak edit supaya nampak cam ala2 ka
rtun,tapi gini lak jadinye




ni family habibati..taun ni ade ahli baru...alya..baby comel dan debab giler..=)