bismillahirrahmanirrahim...
Tuesday, July 26, 2011
rezeki Allah
Monday, July 25, 2011
here i come
Tuesday, July 12, 2011
7 facts
Monday, July 11, 2011
happy
Thursday, July 7, 2011
penat
seperti dirancang...demi memenuhi permintaan nemo and ju..termasuk keinginan aku dan ah nak beli belah kat galak,so,kitorang pon gerak g mansourah pagi tadi....dalam kul 10 pagi kot...sampai2 je,terus ajak diorang pegi ridz caffe....sarapan pagi la kononnya,padahal dah zuhur daa..ngeee
pas je makan n solat zuhur..terus gerak gi galak....penat sangat2..siyes...duk round2 sampai kaki ni rase cam dah tak mampu nak jalan...finally,amek keputusan,balek umah kak aisyah....Allah,bari ingat besdey kak uyun..ape lagi,terus cari hadiah untuk kakak tersayang....alhamdulliah,finally jumpe gak...warna pink...siyes comel.....
tapi,tu la..nasib badan...sampai2 je umah kak aisyah...gelap gelita..yeah,instict aku betol..rupa2nye tak dek elektrik...hambek kau...makan kek besdey kak uyun dalam bergelap...hehe....romantik sungguh..siyes saya rindu akak2 kat mansurah...alhamdulillah,saya kat sini hari ni...rindu yang amat tak terkata...
al kisah pasal shopping kat galak..aku just beli sehelai skirt putih,sehelai shawl dan shelei baju...total just 180 le...tapi,JUE,NEMO dan AH...korang memang giler...haha...kaki shopping weh...sorang2 habih 200-300 le...tu baru je shopping kat galak..aku tak bawak korang gi thiqah lagi...gi thalagah...banyak lagi tempat nak round..nak feri...hehehe..aku memang puas dah tengok baju2 yang dijual kat egypt ni..so memang tak dek mood daaa...puas...rindu malaysia...cepat la..nak balik malaysia..uwaaaaaaaa
esok,kami akan teruskan mission...pagi,insyaallah nak jogging kat istad gamaah...rindunyee...then,pas zuhur,nak g thiqah...jom memebeli di sana pulak..yeahhh
Tuesday, July 5, 2011
ottoke?
Saturday, July 2, 2011
Friday, July 1, 2011
sujud
Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan
doa didalamnya.
Sabda Rasulullah SAW
"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya
ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa
di dalamnya."
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah saw biasa berbuat begitu sehingga
pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"
Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"
Jawab baginda SAW: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat
sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"
Sahabat Menjawab:
"Bahkan !" Rasulullah SAW menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu
(kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka
bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu’)
putih berseri-seri oleh cahaya wudhu’ !!!"
KEISTIMEWAANNYA:
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan
orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka
dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah
menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.