bismillahirrahmanirrahim...

dan AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKU.(Adz-Dzaariyaat 51:56)

Tuesday, January 18, 2011

whats actually inside Islam?



dengan nama Allah

Apa maksud Islam?

Perkataan Islam berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera , aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya .

Maksud Islam ialah , Agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala peraturan dan undang-undang yang merangkumi penyusunan kehidupan manusia , baik yang mengenai orang perseorangan , kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan sekaligus menghubungkan manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam sejagat bagi menjamin kesejahteraan , keselamatan , kesempurnaan dan kebahgiaan di dunia dan akhirat .

Islam sebagai “Ad-Dinn” mengajar dan menyuruh umatnya berpandangan jauh dengan mengambil kira kepentingan dunia dan akhirat secara seimbang dan seiring. Islam memberi perhatian kepada kepentingan jasmani sama diberi kepada kepentingan rohani, agama dan kemajuan di dunia dan akhirat.

Pengertian “Ad-Dinn”

Perkataan “Ad-Dinn”dalam bahasa arab membawa pengertian kepada agama. Maksudnya suatu cara hidup atau atau bentuk hidup atau peraturan hidup atau suatu pegangan hidup . Islam ialah agama dan tidak semua agama itu Islam . Maka jika dua perkataan itu digandingan , ia menjadi Agama Islam yang memabwa maksud suatu pegangan hidup atau cara hidup yang menjamin segala keselamatan di dunia dan akhirat . Firman Allah ;

“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam .”, Al-Imran ayat 19.

Bagaimana dengan yang lain seperti Budha, Hindu, Nasrani dan lain-lain pula?

Menjawab persoalan ini, selain itu adalah kepercayaan bukannya agama. Kepercayaan yang dicipta oleh makhluk yang bernama manusia dan jin kerana ada sesetengah berpendapat jin juga beragama dan mempunyai kepercayaan dan hidup seperti kita bezanya hanya mereka melihat kita dan kita pula tidak melihat mereka. Ops…saya bukan mahu mencerita mengenai jin di sini. icon smile Tiada Agama Lain Selain Islam

Berbalik kepada kepercayaan saya memberi contoh perbezaan Islam dengan Kristian, pembaca boleh pergi ke link ini http://islamsolusi.blogspot.com/2009/07/asas-asas-agama-kristian.htmluntuk mengetahui asas-asas terhadap kepercayaan kristian.Terhadap kita agama mungkin banyak tetapi itu bukanlah agama yang sebenar tetapi hanya kepercayaan terhadap kuasa yang besar dan hanya agama Islam sahaja diperakui oleh Allah dan diterima Allah. Semoga pembaca faham dan tidak terkeliru mengenai agama dan kepercayaan melalui firman Allah yang saya sebutkan di atas.Wallahualam…

Di ambil dari : http://akhi-faiz.com/tiada-agama-lain-selain-islam


kite sumekuar je dari perut ibu,memang dah agama islam...so,kite terima jer...maksudnya kite bukannya betul2 mendalami whats inside Islam?betul k er religion yang aku ikut ni?so,sesapa yang kristian or hindu or buddha yang convert agama ke Islam,memang diorang orang2 yang telah dipilih oleh Allah..masyAllah..bersyukurlah mereka...and we also should be proud to be muslim naturally...so,janganlah hanya pada nama Islam,tapi perangai macam kafir..sebenarnya zaman sekarang ramai yang fasik...fasik ni memang tak seteruk kafir,tapi fasik ni lama2 nanti dikira dosa besar....contohnya wanita2 di luar sana,pandang sebelah mata jer pasal AURAT....tapi benda tu lah yang menjadikan mereka fasik..naauzubillah...(peringatan untuk diriku juga)...

-kholas-

mood:penat nye ai nih...x tau la bakpo..perut pon lapar,padahal nasi bedal 2 pinggan,burger,hot coklat..haiyaaa..nafsu2

Monday, January 17, 2011

disaster








dengan nama Allah

i donno what happened to me today,but i think it was just a disaster day....kelam kabut ngan buku pon,sempat lagi la aku layan Athena;iris 2..drama ni dah lama dah sebenarnye,but i really dont have enough time before,so skang la baru nak tgk,sambungan drama iris 1...aku suke bile part die figt..memang aku dah ignore jer orang sekeliling
ak..muhahaha...



actually,ai nih aku sowang diri g kelas...teah ngan ju sakit perut,it must be nasi ayam kelmarin kot...sian diorang,syafakallahuma......so,aku pom ready2 la nak g kelas histo pagi tadi,tup2 sampai 9.40 pagi,so dengan selambe aku wat keputusan nak duk kat muzium anat....saje2 sambil revise balik embryology and lung...(perasan betol la aku,eksyen macam la diri ni pandai sgt histo...)....x pe2..insyaAllah aku x wat dah gini...tadi wat gini maybe sebab aku sorang diri,so aku ni memang jenis penakut,rase cam tak berani masuk kelas lewat sensorang.....

al kisahnye,mase dalam kelas anat,Allah la...memang tak boleh blah jer rase...geram dowh..naper la syaitan kuat ganggu fokus aku...aku kuat giler terhangguk hangguk kepala..masyaAllah...mesti docor Maha terase gile...nauzubillah la....nanti tak berkat lak ilmu yang ak blaja tadi....mata aku memang rase berat...i tried to give 100 percent focus,but i didn;t worked....memang la!!!!!uwaaa....alhamdulillah,biler baca balik,Allah permudahkan kefahaman....i love u,Allah...u always be with me,everytime when i;m happy or unhappy....Allah is the Almighty One...no one cannot challenge Him...the Most Merciful...

al kisah ke2,aku dapat tau,sorang akhwat dARi alex medic tahun 3,meninggal dunia..sesungguhnya dari Allah kite datang,dan padaNya kita pasti pulang.....i couldnt imagine how about her family right now in malaysia....i could feel their feeling..tapi tu la orang2 tua cakap,berat lagi mata memandang,berat lagi bahu yang memikul....thats the most thing yang aku takut,sebab rase amalan diri ini masih TERLALU ciput....aku sekarang on the way nak berubah jadi baik..i know thats not easy to be better person,but i try...because Allah will always guiding me...tapi tu la,nafsu aku tak boleh kawal mane..contohnye,solat kadang2 still lewat lagi....sepatutnya masuk waktu dah solat,tapi g tido dulu..Ya Allah,ampunilah dosa hambamu yang hina dan lemah ini....i try....keep trying to solat awal....insyAllah...



-kholas-