bismillahirrahmanirrahim...

dan AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKU.(Adz-Dzaariyaat 51:56)

Friday, November 30, 2012

susahnya jadi pemimpin..T___T

hidup matiku hanya kerana Dia-jupetra

IN THE NAME OF ALLAH

Dalam Sifat al-Safwah karya Ibn al-Jauzi yang meriwayatkan bahawa ketika Khalifah Harun al-Rasyid menaiki Bukit Safa, seorang tokoh umat bernama ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Aziz al-‘Umari berkata kepadanya:

“Lihatlah ke arah Kaabah.” Harun al-Rasyid menjawab: “Aku sedang lihat.” Kata beliau lagi: “Berapa jumlah mereka yang kau lihat?” Jawab Harun: “Siapa yang mampu membilangnya.” Kata beliau pula: “Berapa jumlah manusia yang seperti mereka?” Jawab Harun: “Hanya Allah yang mampu menghitungnya.” 

Kata al-‘Umari lagi: “Ketahuilah engkau bahawa setiap mereka itu hanya akan ditanya pada hari kiamat tentang diri mereka sahaja, hanya engkau yang akan ditanya tentang diri mereka semua, maka hati-hatilah engkau tentang nasib engkau nanti.”

Maka terduduk dan menangislah Harun al-Rasyid mengenangkan masa depannya di akhirat kelak.


Wednesday, November 28, 2012

betul ke kahwin awal jalan terbaik?

hidup matiku hanya kerana Dia-jupetra

IN THE NAME OF ALLAH

Apa apa pon,kembali kepada niat asal...kembali kepada fitrah sebenar...apakah niat sebenarnye nak kahwin ni?nak seronok-seronok?main-main?suka-suka?...ingatlah,Allah tak ciptakan perasaan cinta ni untuk main main....moga-moga kita semua tidak tertipu dengan hidup yg kejap ni kan...macam firman Allah,dalam surah Al hadid,ayat 20....

 "Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, dan perhiasan dan bermegah-megah antara kamu, dan berbangga-bangga tentang harta dan anak-anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan petani, kemudian ia menjadi kering, maka kamu melihatnya kuning, kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan keampunan daripada Allah dan keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. "


andai niat kite kawen ni betol....sebab nak lengkapkan separuh agama...sebab nak memenuhi tuntutan fitrah...sebab nak elak fitnah...sebab demi keselamatan...sebab nak menjaga hati,diri,kemaluan...sebab nak melangkah ke marhalah ke 2 selepas fardhu muslim....sebab nak melancarkan gerak kerja dakwah....sebab nak mudahkan pergerakan persatuan....sebab nak memuliakan seorang gadis...


MAKA....


teruskanlah....berdoalah...moga Allah permudahkan segala urusan....

jangan anggap si dia perfect..but both of you complement to each other...dia kurang alik tuh,kite tampung lompong tu ngan kelebihan kita...hurmm...


mungkin jiwa pon akan lagi tenang...sebab dah ada hubungan halal...tak yah risau pasal dosa duk asyik cakap phone ngan tak halal lagi ngan kite...tak yah risau dosa duk chatting ngan dia...=)

indahnya kahwin muda..lets spread love...=D

TAPI....


kalau anda diberi banyak pilihan....contohnya,pemuda yang taqdim lebih dari seorang...maka,cuba cek background famili die..agama die..fikrah die..kalau semua sama...hurmmm....cuba istihkoroh dan istisyarah..jawapan dari Allah adalah yang terbaik....

kheir insyaAllah....




p/s=post kali ini hanyalah luahan di hati....moga Allah permudah segala urusan kalian.






jumpe jawapan sebenar....istikharah

hidup matiku hanya kerana Dia-jupetra

IN THE NAME OF ALLAH

Memang, rasa suka dan cinta itu membantu dalam proses khitbah dan ber-baitul Muslim.

Malah, penting juga pada setengah keadaan, dalam keadaan terkawal, dipanjangkan proses taaruf, agar ada rasa kecendurangan dan suka pada yang mahu dinikahi.Malah, ada seorang ikhwah pernah mengatakan,''Pentingnya cinta itu lebih diutamakan daripada se'kufu'an dari sudut fikrah dan dakwah!''

Astaghfirullah.

Memang kita boleh memilih jalan hidup kita.Dan tentunya, apa sahaja jalan yang kita pilih, tentu akan berhadapan dengan ranjau serta durinya.Kerana ujian itu sahajalah tempat Allah menguji iman kita, dan tempat dia mengatakan kepada kita:'I love you my servant!'

Alangkah indahnya, di saat kita memilih salah satu jalan itu, kita memilihnya kerana Allah?Walaupun mungkin di sudut hati kita, ada kecenderungan mahupun kecintaan pada sesuatu yang lain.Dan tidak sedikit orang yang terkelabui malah tertutup hatinya di saat memilih pasangan hidup, akibat penangan cinta.

Lantas, pada istikharahnya sendiri, sudah memiliki kecenderungan pada yang dicintai.Kerana itu, aku amat memahami mengapa murabbi ku mendidikku untuk berkahwin dengan dakwah sebelum dengan ikhwah.Bukan kerana dia syadid, ataupun owh-mai-gowd macam malaikat, tapi kerana dia mahu mengajarkan aku sesuatu yang amat penting dalam hidupku;'No matter what happen to you in this life, jangan tinggalkan dakwah! Dan kembalikan hidupmu pada dakwah di saat penyelewangan mula berlaku.'

Bila kita memilih Allah dalam setiap perkara, di situ kita akan mengarahkan seluruh kehidupan untuk Dia. Malah menarik semua manusia yang berada dalam radar graviti kita, ke arah Dia. Dan tentu ini tidak mudah sama sekali.Malahan, setelah berkahwin, kita akan memastikan radar baitul muslim kita akan berpaksi dan kembali kepada Allah.Bukan sekadar pada sebuah cinta semata-mata.

Aku tahu kamu sedang mengalami dilema ini maka istikharahlah dengan sebenarnya.Aku katakan pada kamu dengan penuh kecintaan, istikharahlah.Istikharahlah!Dengan sekhusyuk dan sejujur hatimu supaya Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat kamu dan supaya apa sahaja yang Allah takdirkan buat kamu, samada sukar mahupun senang, Allah akan bantu seluruh kehidupan kamu dan dakwahmu, dalam keadaan apa sekalipun.



Kerana Allah telah menyelamatkan diriku pada sebuah istikharah.Dan,setelah beristikharah dengan ramainya manusia.Sehinggalah aku amat bersyukur pada Allah, di saat Dia membukakan pada kami, tentang satu kisah dahulu yang sebenar. Walaupun pada satu detik, sebagai manusia biasa, aku serba salah dalam menolaknya.

Namun, Allah telah menyelamatkan aku, sehingga kebenaran terpamer pada dunia. Dan tentu aku amat bersyukur pada Allah, kerana dia membantu aku memilih Dia sebelum cinta, dan akhirnya cinta itu datang dengan sendirinya setelah Dia.

Di saat kamu benar-benar berpegang pada Allah, kamu kira Allah akan melepaskan tangan kamu?

credit to: penpatah.blogspot.com