bismillahirrahmanirrahim...

dan AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKU.(Adz-Dzaariyaat 51:56)

Friday, January 13, 2012

---sinai---

hidup matiku hanya kerana Dia-jupetra



menyelusuri peninggalan para anbiya'
nikmati indahnya alam disamping memuji Pencipta..

mari mendaftar sinai explorer (SINEX '12)..
rugi sangat siapa yang dah duduk mesir, tak pergi sinai..
kenapa saya kata rugi
sebab tempat-tempat yang dilawati sangat banyak dan ada sejarah tersendiri, antaranya;

1. Terusan Suez (Bur Taufiq)
Ingat tak lagi sejarah tentang Terusan Suez ni? Tempat laluan dagangan utama dunia pada tahun 1870an.
Terusan ini pernah satu ketika dahulu menjadi rebutan Inggeris, Perancis dan Mesir pada peperangan tahun 1956 kerana ia merupakan pusat laluan utama kapal-kapal dagang timur dan barat.

---------------------------------------------------------------------------------------

2. Laut Merah
Allah memilih laut ini sebagai tempat tenggelamnya Firaun dan tentera-tenteranya semasa mengejar Nabi Musa a.s.

"Lalu (diperintahkan kepadanya): “Bawalah hamba-hambaKu (pengikut-pengikutmu) keluar pada waktu malam, kerana Sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan orang-orangnya)."

“Dan tinggalkanlah laut itu Dalam keadaan tenang – terbelah, kerana sesungguhnya mereka (yang mengejarmu itu) ialah tentera yang akan ditenggelamkan (sehingga binasa).”

"Dan (kenangkanlah) ketika Kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya."

Mukjizat depan mata kita. SubhanAllah..

-----------------------------------------------------------------------------------------

3. Terowong Ahmad Hamdi
Terowong ini juga merupakan penyambung antara benua Afrika dan Asia. Selepas kejayaan negara Mesir menguasai Sinai, terowong ini dibina untuk mengangkut kereta kebal, kereta perisai, meriam, senjata dan peralatan perang dan memudahkan tentera Mesir menghadapi sebarang kemungkinan dari serangan musuh khususnya Israel. Nama terowong ‘Ahmad Hamdi’ ini diambil bersempena nama panglima perang yang telah mencetuskan idea pembinaan terowong ini.

Terowong ni bawah laut (bawah Terusan Suez). Menarik tak?

------------------------------------------------------------------------------------------

4. Tapak peninggalan kem Israel (Noktah Hasina)
Kubu yang dibina pada Perang Yum Kippur, Perang Ramadhan atau Perang Oktober pada 1973 antara Israel dan Kesatuan Arab yang diketuai oleh Mesir dan Syria.

------------------------------------------------------------------------------------------

5. Hamam Fir'aun
Ia merupakan tempat mandi Firaun pada musim panas. Terdapat juga sebuah gua tempat Firaun beristirehat selepas mandi. Ada pendapat menyatakan bahawa udara di dalam gua ini lebih panas berbanding udara di luarnya dan udaranya dapat mengubati penyakit Rheumtism. Air yang keluar dari gua ini amat panas hingga telur yang direndam di dalamnya boleh menjadi masak.

------------------------------------------------------------------------------------------

6. Jabal Musa
Merupakan tempat suci di dataran Sinai. Di sinilah Nabi Musa a.s berbicara dengan Allah Taala sebagaimana yang dinyatakan di dalam al Quran yang bermaksud;

“Sesungguhnya aku inilah Tuhanmu, maka tanggalkanlah kedua terompahmu sesungguhnya kamu berada di lembah suci, Thuwa"

-------------------------------------------------------------------------------------------

7. Perkampungan Nabi Ilyas
Perkampungan Kaum Nabi Ilyas a.s berada di tengah-tengah perjalanan turun dari puncak Jabal Musa. Terdapat juga telaga Nabi Musa a.s di tengah-tengah perjalanan turun dari puncak Jabal Musa ini.

-------------------------------------------------------------------------------------------

8. St. Chantrint
Ada 2 pendapat tentang asal usul nama St. Chantrint

PERTAMA: Menyatakan Catherine adalah pengikut Nabi Musa alaihisalam. Beliau telah meninggal dunia ketika bermunajat kepada Allah Taala. Pengikut Nabi Musa telah mengkebumikan beliau di kaki bukit Thursina.

KEDUA: Menyatakan St. Catherine adalah bersempena nama yang diambil dari salah seorang anak pemimpin Alexandria yang telah menganut agama Nasrani sehingga ia diseksa.

2 comments:

  1. very interesting,Ya Allah,harapnya agar dapat sampai ke tempt2 sebegini juga:)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..ade rezeki dtg mesir tau..miss u

    ReplyDelete