bismillahirrahmanirrahim...

dan AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKU.(Adz-Dzaariyaat 51:56)

Friday, July 1, 2011

sujud

hidup matiku hanya kerana Dia-jupetra

IN THE NAME OF ALLAH

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan

doa didalamnya.

Sabda Rasulullah SAW

"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya

ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa

di dalamnya."

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah saw biasa berbuat begitu sehingga

pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda SAW: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat

sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab:

"Bahkan !" Rasulullah SAW menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu

(kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka

bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu’)

putih berseri-seri oleh cahaya wudhu’ !!!"

KEISTIMEWAANNYA:

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah

SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan

orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka

dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah

menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.


notatangan=credit to hamba Allah...thankz for sharing

3 comments:

  1. huda syg=yup..sujud...banyak hikmahnye...o2 pon byk mengalir..

    nemo=amek jer la mek weh...=)

    ReplyDelete