bismillahirrahmanirrahim...

dan AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKU.(Adz-Dzaariyaat 51:56)

Sunday, April 10, 2011

Riak mensia-siakan Amal

hidup matiku hanya kerana Dia-jupetra

IN THE NAME OF ALLAH...

saya belek2 buku ustaz,tajuk penawar bagi hati...Allah,sangat bes buku ni..tak habis lagi..on the way memandangkan masa perlu dibagi untuk banyak perkara lain..

riak ni terbahagi kepada 4...:
1.riak melalui tubuh
2.riak melalui pakaian
3.riak melalui ucapan
4-riak melalui perbuatan

entry kali ni saya tulis pasal riak melalui tubuh dan pakaian dulu ek,nanti insyaAllah entry lain kali..sambung untuk riak jenis ketiga dan keempat...

1-RIAK MELALUI TUBUH

wajahnya nampak pucat,tubuhnya kurus,dan jalannya sengaja menunduk saja supaya orang lain nampak gayanya macam orang yang kuat beribadah di tengah malam atau terlalu ambil berat hal hal agama dan terlampau takut dengan balasan ALLAH...

So,biler orang lain tengok keadaan kite camtuh,tentu timbul perasaan riak dalam diri kan....rase cam kite dah buat ibadat banyak...jadi,sama2lah tinggalkan sikap ni...(terasenye....)

pernah Rasulullah bersabda....jika seseorang kamu berpuasa,maka hendaklah meminyakkan kepalanya,menguruskan rasmbutnya,dan memakai celak di matanya....

kirenye,cam nak suh nampak segar la....

2.RIAK MELALUI PAKAIAN

memakai pakaian yang kasar dan pakaian sutera dan baju yang diperbuat dari bulu binatang ataupun memakai baju seperti sunah nabi.perbuatan ini sume termasuk amalan2 riak untuk pamerkan kepada orang rama,bahawa dia tekun menjalani sunah nabi.

riak itu boleh berlaku apabila kita berpakaian seperti orang kaya dan bangsawan.dengan cara itu kita dianggap oleh orang ramai sebagai golongan kaya dan hartawan,sedangakan itu sume satu lakonan,yang sebenarnya bertujuan untuk mendapat sanjungan dan pujian orang lain.jadi,melalui pakaian sebenarnya boleh menyuburkan sifat riak dalam hati kita......

=kholas=

No comments:

Post a Comment