Apa maksud Islam?
Perkataan Islam berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera , aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya .
Maksud Islam ialah , Agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala peraturan dan undang-undang yang merangkumi penyusunan kehidupan manusia , baik yang mengenai orang perseorangan , kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan sekaligus menghubungkan manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam sejagat bagi menjamin kesejahteraan , keselamatan , kesempurnaan dan kebahgiaan di dunia dan akhirat .
Islam sebagai “Ad-Dinn” mengajar dan menyuruh umatnya berpandangan jauh dengan mengambil kira kepentingan dunia dan akhirat secara seimbang dan seiring. Islam memberi perhatian kepada kepentingan jasmani sama diberi kepada kepentingan rohani, agama dan kemajuan di dunia dan akhirat.
Pengertian “Ad-Dinn”
Perkataan “Ad-Dinn”dalam bahasa arab membawa pengertian kepada agama. Maksudnya suatu cara hidup atau atau bentuk hidup atau peraturan hidup atau suatu pegangan hidup . Islam ialah agama dan tidak semua agama itu Islam . Maka jika dua perkataan itu digandingan , ia menjadi Agama Islam yang memabwa maksud suatu pegangan hidup atau cara hidup yang menjamin segala keselamatan di dunia dan akhirat . Firman Allah ;
“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam .”, Al-Imran ayat 19.
Bagaimana dengan yang lain seperti Budha, Hindu, Nasrani dan lain-lain pula?
Menjawab persoalan ini, selain itu adalah kepercayaan bukannya agama. Kepercayaan yang dicipta oleh makhluk yang bernama manusia dan jin kerana ada sesetengah berpendapat jin juga beragama dan mempunyai kepercayaan dan hidup seperti kita bezanya hanya mereka melihat kita dan kita pula tidak melihat mereka. Ops…saya bukan mahu mencerita mengenai jin di sini.
Berbalik kepada kepercayaan saya memberi contoh perbezaan Islam dengan Kristian, pembaca boleh pergi ke link ini http://islamsolusi.blogspot.com/2009/07/asas-asas-agama-kristian.htmluntuk mengetahui asas-asas terhadap kepercayaan kristian.Terhadap kita agama mungkin banyak tetapi itu bukanlah agama yang sebenar tetapi hanya kepercayaan terhadap kuasa yang besar dan hanya agama Islam sahaja diperakui oleh Allah dan diterima Allah. Semoga pembaca faham dan tidak terkeliru mengenai agama dan kepercayaan melalui firman Allah yang saya sebutkan di atas.Wallahualam…
Di ambil dari : http://akhi-faiz.com/tiada-agama-lain-selain-islam
kite sumekuar je dari perut ibu,memang dah agama islam...so,kite terima jer...maksudnya kite bukannya betul2 mendalami whats inside Islam?betul k er religion yang aku ikut ni?so,sesapa yang kristian or hindu or buddha yang convert agama ke Islam,memang diorang orang2 yang telah dipilih oleh Allah..masyAllah..bersyukurlah mereka...and we also should be proud to be muslim naturally...so,janganlah hanya pada nama Islam,tapi perangai macam kafir..sebenarnya zaman sekarang ramai yang fasik...fasik ni memang tak seteruk kafir,tapi fasik ni lama2 nanti dikira dosa besar....contohnya wanita2 di luar sana,pandang sebelah mata jer pasal AURAT....tapi benda tu lah yang menjadikan mereka fasik..naauzubillah...(peringatan untuk diriku juga)...
-kholas-
mood:penat nye ai nih...x tau la bakpo..perut pon lapar,padahal nasi bedal 2 pinggan,burger,hot coklat..haiyaaa..nafsu2
No comments:
Post a Comment